Tuesday, 18 April 2017

PENDORONG UNTUK MELAHIRKAN INSTITUSI TERSOHOR DI MASA AKAN DATANG

Apakah pendorong anda?


Sudah tentu isteri dan anak-anak. Adat berniaga ada pasang surutnya. Pernah juga sampai satu masa, keberanian saya hampir luntur kerana tidak mampu bertahan dan terpaksa menanggung dugaan. Cabaran terbesar adalah kesukaran mendapatkan pelajar. Selain menawarkan tuisyen secara berkumpulan di pusat tuisyen, saya juga menawarkan khidmat tuisyen persendirian iaitu seorang pelajar dan seorang guru, sama ada di pusat tuisyen atau di rumah pelajar. Pusat tuisyen ini juga menerima banyak permintaan khas seperti pelajar yang menduduki peperiksaan SPM kali kedua, pelajar yang baru pulang dari luar negara serta ada juga pelajar yang sudah berusia tetapi mempunyai keazaman untuk belajar. Saya tidak mahu hampakan permintaan mereka, oleh itu saya cuba wujudkan kelas khas ini untuk mereka. Maklumat lebih lanjut boleh didapati menerusi emel matsaman66@gmail.com atau laman www.bistarididik.com.


Pandangan dan harapan anda tentang sistem pendidikan negara?

Saya rasakan sistem pendidikan di negara ini sudah berada pada kedudukan yang baik, cuma beberapa penambahbaikan perlu dibuat bagi memastikan pelajar sentiasa berminat untuk belajar di sekolah. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang pendidik dengan mengajar pelajar secara tulus dan ikhlas. Jangan abaikan pelajar yang lemah sebaliknya bantulah mereka dengan memberi semangat dan motivasi.


Guru juga perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik sesama mereka. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sikap dan moral pelajar juga terbina daripada guru yang mengajar mereka.

No comments:

Post a Comment

JADUAL MINGGUAN TUISYEN

Tuisyen Berkumpulan Sahaja.  Pusat Tuisyen Bistari Didik hanya menjalankan sesi tuisyen pada waktu malam sahaja bermula jam 8.00 malam hin...