Tuesday, 18 April 2017

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT TUISYEN BISTARI DIDIK


Terdetik ketika itu setelah mengalami sendiri isu pembelajaran yang perlu dihadapi oleh anak-anak beliau dalam menghadapi peperiksaan. Masalah pemahaman, teknik dan cara yang betul untuk memahami serta menjawab soalan sering dihadapi oleh pelajar-pelajar walaupun mereka telah giat berusaha untuk membaca, membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran. Atas dasar ini dan menyedari tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, usaha beliau memupuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang di zahirkan dengan penubuhan pusat tuisyen bagi mengorak ke arah itu. Pengalaman beliau mengajar pelajar universiti dalam negara dan perunding pengurusan korporat memberikan beliau pendedahan bagaimana untuk melahirkan pelajar yang ‘smart’ dengan teknik dan cara pemahaman terkini.

Cikgu Mat mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat tuisyen ini dengan harapan ia boleh menjadi tempat untuk pelajar mendapat pendedahan terkini teknik pembelajaran berkesan dan unik tanpa perlu bertungkus lumus mengulangkaji dan membuat latihan. Teknik pemahaman dan mengingat apa yang dipelajari akan diterapkan kepada minda pelajar dan memudahkan pelajar untuk menjawab soalan. Pusat tuisyen ini juga dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan ilmu pengetahuan yang selama ini terletak pada bahu guru sekolah semata-mata. Semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan untuk bersama-sama anak-anak mereka ke arah kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan.



Tagline kami ‘Mendidik anak cemerlang’ jelas memenuhi aspirasi dan matlamat kami untuk membawa pelajar ke arah kecemerlangan dan menjadi kebanggaan keluarga. Pusat tuisyen Bistari Didik membuka ruang kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah untuk mendaftar dengan mengambilkira serta memenuhi piawaian dan sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pihak kami juga menawarkan perkhidmatan tuisyen secara berkumpulan dan persendirian (private tuition) dengan menggunakan pendekatan teknik pembelajaran dua hala antara tutor dan pelajar melalui perbincangan, latihan dan ulangkaji secara berterusan. Pelajar akan didedahkan dengan teknik pemahaman dan menjawab dengan sistematik dan tersusun. Untuk memastikan pelajar selesa dan fokus dalam pembelajaran mereka, Pusat Tuisyen Bistari Didik menyedikan ruang belajar yang kondusif, ceria, bersih dan selamat. Pihak kami menyediakan 4 ruang belajar berhawa dingin yang selesa yang boleh memuatkan 10 hingga 18 pelajar dalam satu satu masa. 

Untuk memastikan pelajar mendapat ilmu yang baik dan berkesan, Pusat Tuisyen Bistari Didik mengambil tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai latar pendidikan yang cemerlang, kreatif dan mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Setiap tenaga pengajar akan melalui proses temuduga ketat bagi memastikan mereka benar-benar komited dan faham tanggungjawab mereka. Pusat Tuisyen Bistari Didik juga membuka ruang kepada pelajar-pelajar seawal usia 7 tahun untuk beberapa pelajaran asas bacaan, mathematik dan bahasa. Tumpuan kami bukan hanya untuk calon yang bakal menduduki peperiksaan utama (UPSR, PT3 dan SPM) semata.

Daftarkan anak-anak anda sekarang dan lihatlah transformasi mereka dalam peningkatan pemahaman untuk bekalan mereka kepringkat yang lebih tinggi lagi, insyallah. Pasa semua ibu bapa di luar sana, sertailah kami di Pusat Tuisyen Bistari Didik, bukakan minda dan  potensi anak-anak anda bersama kami ke arah kecemerlangan!

No comments:

Post a Comment

JADUAL MINGGUAN TUISYEN

Tuisyen Berkumpulan Sahaja.  Pusat Tuisyen Bistari Didik hanya menjalankan sesi tuisyen pada waktu malam sahaja bermula jam 8.00 malam hin...