Pandangan
anda tentang pelajar masakini dan nasihat anda untuk mereka berjaya?
Hasrat saya adalah untuk mendidik generasi muda agar cintakan ilmu.
Jangan sia-siakan peluang yang ada. Peluang tidak datang selalu, jadi saya
selalu berpesan kepada mereka supaya terus berusaha dan belajar
bersungguh-sungguh untuk menjamin kehidupan yang baik pada masa akan datang.
Biar penat sekarang, jangan penat di kemudian hari.
Saya percaya, setiap manusia diberi peluang untuk berjaya, semuanya
terletak pada diri masing-masing. Saya sentiasa berfikir untuk memajukan dan
mencungkil bakat serta potensi diri supaya satu hari nanti saya dapat membantu
orang sekeliling. Dengan kudrat yang ada, saya rasa tidak adil sekiranya
hanya berpeluk tubuh menunggu gaji pada setiap hujung bulan. Jadi saya mula
mencari inisiatif untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tetapi pada masa
sama, saya cuba memilih bidang perniagaan yang tidak membelakangkan urusan
pekerjaan, keluarga serta rakan.
Lima tahun
akan datang, anda jangka anda berada dimana didalam industri ini?
Saya mempunyai cita-cita yang besar. Hasrat saya dalam tempoh lima
tahun akan datang adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi dan mengembangkan perkhidmatan tuisyen saya di tempat lain. Saya
juga memasang impian untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan swasta bagi
melahirkan generasi muda yang kreatif, dinamik dan berkaliber.
No comments:
Post a Comment