Tuesday, 18 April 2017

JADUAL MINGGUAN TUISYEN

Tuisyen Berkumpulan Sahaja. 

Pusat Tuisyen Bistari Didik hanya menjalankan sesi tuisyen pada waktu malam sahaja bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Kelas akan diadakan bermula Isnin hingga Jumaat tertakluk kepada mata pelajaran yang diambil. Berikut merupakan jadual waktu terbaru mengikut tahap dan subjek:

DARJAH 2

  MASA                                      ISNIN                    SELASA
8.00 mlm - 9.00 mlm               B. Melayu                Sains
9.00 mlm - 10.00 mlm             B Inggeris                Matematik


 

APA YANG ISTIMEWA ADA PADA PUSAT TUISYEN KAMI

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN 

Sentiasa mematuhi piawaian dan memenuhi sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh                     Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Menggunakan pendekatan teknik pembelajaran bersepadu antara tutor dan pelajar melalui                   perbincangan dan ulangkaji secara konsisten.
Menawarkan harga yang munasabah dan tidak membebankan ibubapa dan pelajar
Ruang belajar kemas, ceria,bersih dan jumlah pelajar yang dihadkan dalam satu satu kelas untuk         memastikan fokus pelajar diberikan keutamaan.

KADAR YURAN TUISYEN PERSENDIRIAN

Bagi tuisyen persendirian yuran di tetapkan dengan kadar seperti berikut:


Darjah 1, 2 & 3      : RM45.00 – RM50.00 sejam
Darjah 4, 5 & 6      : RM50.00 – RM55.00 sejam
Tingkatan 1, 2 & 3 : RM55.00 – RM60.00 sejam
Tingkatan 4 & 5     : RM60.00 – RM65.00 sejam

*untuk perhatian, yuran ini tidak mengambilkira lagi jarak kilometer yang dikira dari Seksyen 16 Padang Jawa Shah Alam. Kadar tuntutan perbatuan akan di ambilkira dengan persetujuan bersama dengan penjaga dan ibu bapa pelajar.

KADAR YURAN TUISYEN BERKUMPULAN

Berapakah harga yuran yang dikenakan?

Bermula 1 Mac 2017, harga yuran bagi tuisyen persendirian di PUSAT TUISYEN adalah seperti berikut:

Darjah 1, 2 & 3      : Pada kadar RM40.00 sejam
Darjah 4, 5 & 6      : Pada kadar RM45.00 sejam
Tingkatan 1, 2 & 3 : Pada kadar RM50.00 sejam
Tingkatan 4 & 5     : Pada kadar RM55.00 sejam

MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN

Apakah subjek-subjek yang ditawarkan?

Antara subjek yang ditawarkan untuk tuisyen persendirian adalah seperti berikut:
Sekolah Rendah – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Sekolah Menengah – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Fizik,     Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan Perdagangan.

KADAR YURAN BULANAN

Kadar yuran bulanan

Harga yuran adalah adalah mengikut jumlah subjek, jumlah hari dan jumlah jam yang diminta oleh pelajar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Mat talian 012-3162913. Cikgu Mat akan menerangkan lebih terperinci berkenaan hal ini. Secara kasarnya, harga bayaran adalah seperti dibawah untuk panduan ibubapa/penjaga dan pelajar. Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.

PRIVATE TUITION

Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini?

Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja berserta seorang guru. Ini bermakna, guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa yang dijalankan di Pusat Tuisyen Perintis Didik yang menempatkan maksimum 10 pelajar setiap kelas.

Mengapakah wujudnya Kelas Tuisyen Persendirian /Private Tuition ini?

Sesetengah ibubapa ingin memastikan guru untuk memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Dengan ini pelajar tersebut mendapat 100% perhatian daripada guru tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, dan apabila tiba cuti sekolah, ibubapa akan memohon untuk mendapatkan khidmat ini sepanjang musim cuti sekolah.


Pilihan Kelas Tuisyen Persendirian (Private Tuition), lokasi kelas  ini diadakan 

Pelajar diberi dua (2) pilihan untuk mendapatkan khidmat ini iaitu dengan mengadakan kelas di rumah pelajar atau di Pusat Tuisyen Bistari Didik. Pusat Tuisyen Bistari Didik mempunyai bilik khas untuk menempatkan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini.

TUISYEN PERSENDIRIAN/ PRIVATE TUITION

TUISYEN PERSENDIRIAN / PRIVATE TUITION

Tuisyen Persendirian atau lebih dikenali sebagai 'Private Tuition' diwujudkan bagi memenuhi kehendak sesetengah pelajar yang tidak dapat menyertai kelas tuisyen secara berkumpulan. Tuisyen Persendirian ini dibuka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadual disusun mengikut kehendak pelajar. Yuran dikenakan adalah mengikut jam yang dikehendaki.
Setelah menerima maklum balas dan permintaan daripada ibubapa berhubung tuisyen persendirian atau ‘private tuition’, Pusat Tuisyen Bistari Didik telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas berkenaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.

TUISYEN BERKUMPULAN

TUISYEN BERKUMPULAN

Pusat Tuisyen Perintis Didik ditubuhkan untuk mewujudkan kelas-kelas tuisyen secara berkumpulan kepada para pelajar samada peringkat sekolah rendah atau menengah. Terdapat pelbagai subjek ditawarkan dan kelas ini bermula antara jam 8.00 hingga 10.00 malam bermula hari Isnin hingga Jumaat. Jadual waktu tuisyen berkumpulan telah ditetapkan oleh pihak pusat tuisyen.

Pusat Tuisyen Perintis Didik mempunyai enam (6) kelas yang boleh memuatkan tuisyen secara berkumpulan antara lapan (8) hingga 20 pelajar. Tuisyen Berkumpulan ini diadakan pada setiap hari (pada waktu malam antara jam 8.00 hingga 10.30 malam) mengikut subjek yang telah disusun dan ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Yuran yang dikenakan murah dan sangat berpatutan serta diberikan diskaun kepada pelajar yang memilih harga mengikut pakej yang telah ditawarkan. Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk belajar tuisyen secara berkumpulan di Pusat Tuisyen Perintis Didik, para pelajar perlu mengambil tindakan berikut:
1. Hubungi Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Pusat Tuisyen Perintis Didik iaitu Cikgu Mat di talian 012-3162913 untuk urusan temujanji pendaftaran atau terus pergi ke pusat tuisyen berkenaan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam (sila rujuk ruangan Peta Lokasi Pusat Tuisyen Bistari Didik). Waktu pendaftaran bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
2. Semasa sesi pendaftaran, pelajar dikehendaki mengisi BORANG PENDAFTARAN PELAJAR dengan lengkap. Borang tersebut hanya boleh didapati di Pusat Tuisyen Bistari Didik.
3. Setelah selesai proses pendaftaran dan pembayaran yuran, pelajar sudah boleh memulakan kelas bersama pelajar-pelajar yang lain. Peringatan PENTING! setiap pelajar hendaklah membayar yuran pada setiap AWAL BULAN, selewat-lewatnya 7hb pada setiap bulan. Ini bagi memudahkan bahagian pentadbiran menguruskan bahagian kewangan dan perakaunan.

Pelajar dikehendaki menyediakan dua (2) jenis yuran iaitu YURAN PENDAFTARAN (setahun hanya bayar sekali sahaja) berjumlah RM50.00 sahaja dan YURAN SUBJEK (bergantung kepada jumlah subjek yang hendak diambil atau harga pakej). Harga setiap subjek adalah berbeza mengikut darjah dan tingkatan.

MENDAFTARLAH SEKARANG!

PENDAFTARAN SENTIASA DIBUKA SEPANJANG MASA PADA TAHUN 2017 INI. SILA DATANG KE PUSAT TUISYEN UNTUK KETERANGAN LANJUT. KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!

Pendaftaran dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (8.00 malam - 10.00 malam) dan Hari Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sebarang pertanyaan, hubungi Cikgu Mat talian 012-3162913.

HARAPAN DAN MASA DEPAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pandangan dan harapan anda tentang sistem pendidikan negara?

Saya rasakan sistem pendidikan di negara ini sudah berada pada kedudukan yang baik, cuma beberapa penambahbaikan perlu dibuat bagi memastikan pelajar sentiasa berminat untuk belajar di sekolah. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang pendidik dengan mengajar pelajar secara tulus dan ikhlas. Jangan abaikan pelajar yang lemah sebaliknya bantulah mereka dengan memberi semangat dan motivasi.

Guru juga perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik sesama mereka. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sikap dan moral pelajar juga terbina daripada guru yang mengajar mereka.

PENDORONG UNTUK MELAHIRKAN INSTITUSI TERSOHOR DI MASA AKAN DATANG

Apakah pendorong anda?


Sudah tentu isteri dan anak-anak. Adat berniaga ada pasang surutnya. Pernah juga sampai satu masa, keberanian saya hampir luntur kerana tidak mampu bertahan dan terpaksa menanggung dugaan. Cabaran terbesar adalah kesukaran mendapatkan pelajar. Selain menawarkan tuisyen secara berkumpulan di pusat tuisyen, saya juga menawarkan khidmat tuisyen persendirian iaitu seorang pelajar dan seorang guru, sama ada di pusat tuisyen atau di rumah pelajar. Pusat tuisyen ini juga menerima banyak permintaan khas seperti pelajar yang menduduki peperiksaan SPM kali kedua, pelajar yang baru pulang dari luar negara serta ada juga pelajar yang sudah berusia tetapi mempunyai keazaman untuk belajar. Saya tidak mahu hampakan permintaan mereka, oleh itu saya cuba wujudkan kelas khas ini untuk mereka. Maklumat lebih lanjut boleh didapati menerusi emel matsaman66@gmail.com atau laman www.bistarididik.com.


Pandangan dan harapan anda tentang sistem pendidikan negara?

Saya rasakan sistem pendidikan di negara ini sudah berada pada kedudukan yang baik, cuma beberapa penambahbaikan perlu dibuat bagi memastikan pelajar sentiasa berminat untuk belajar di sekolah. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang pendidik dengan mengajar pelajar secara tulus dan ikhlas. Jangan abaikan pelajar yang lemah sebaliknya bantulah mereka dengan memberi semangat dan motivasi.


Guru juga perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik sesama mereka. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sikap dan moral pelajar juga terbina daripada guru yang mengajar mereka.

ISU PELAJAR MASAKINI DAN DI MANA INDUSTRI INI 5 TAHUN AKAN DATANG

Pandangan anda tentang pelajar masakini dan nasihat anda untuk mereka berjaya?

Hasrat saya adalah untuk mendidik generasi muda agar cintakan ilmu. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Peluang tidak datang selalu, jadi saya selalu berpesan kepada mereka supaya terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjamin kehidupan yang baik pada masa akan datang. Biar penat sekarang, jangan penat di kemudian hari.

Saya percaya, setiap manusia diberi peluang untuk berjaya, semuanya terletak pada diri masing-masing. Saya sentiasa berfikir untuk memajukan dan mencungkil bakat serta potensi diri supaya satu hari nanti saya dapat membantu orang sekeliling. Dengan kudrat yang ada, saya rasa tidak adil sekiranya hanya berpeluk tubuh menunggu gaji pada setiap hujung bulan. Jadi saya mula mencari inisiatif untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan tetapi pada masa sama, saya cuba memilih bidang perniagaan yang tidak membelakangkan urusan pekerjaan, keluarga serta rakan.


Lima tahun akan datang, anda jangka anda berada dimana didalam industri ini?

Saya mempunyai cita-cita yang besar. Hasrat saya dalam tempoh lima tahun akan datang adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengembangkan perkhidmatan tuisyen saya di tempat lain. Saya juga memasang impian untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan swasta bagi melahirkan generasi muda yang kreatif, dinamik dan berkaliber.

KENALI CIKGU MAT


SIAPA CIKGU MAT NI?




Orang lama dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan dan korporate. Pendedahan dan pengalaman selama 29 tahun dalam pelbagai bidang operasi dan pengurusan memberikannya kelebihan untuk dikongsi kepada pelajar-pelajar dalam mengharungi hidup sebagai pekerja, peniaga atau apapun yang mereka rancang. Matang dalam memberikan teknik dan cara pemahaman pembelajaran secara berkesan dan boleh membantu pelajar dalam mencapai keputusan cemerlang. Masih lagi mengajar secara sambilan di dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran di universiti tempatan, tidak pernah menghalangnya mengejar impian memiliki rangkaian pusat tuisyen yang mempunyai kredibiliti tinggi.

Latarbelakang dan pengalaman 

Saya dilahirkan di Tanjung Malim Perak, berasal dari Gedangsa, Kuala Kubu Baharu. Anak sulung dan 7 adik-beradik. Saya mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Gedangsa Hulu Selangor; SMK Soeharto Hulu Selangor. Melanjutkan pengajian saya ke peringkat Diploma Perakauan, ICMA  (level 2) seterusnya menyambung sehingga peringkat Master in Management di Asia E University. Kini, saya membuka firma sendiri di dalam hartanah dan mengajar sambilan di Universiti tempatan di dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Waktu lapang saya penuhi masa bersama isteri mendaki gunung, berbasikal dan beriadah bersama anak-anak.

Hasrat dan aspirasi penubuhan pusat ini?

Sebagai tenaga pengajar sambilan di universiti, saya dapati banyak teknik dan tatacara pembelajaran yang boleh di turunkan kepada pelajar untuk lebih cepat memahami dan menjawap dengan tepat soalan yang diberikan. Para pelajar saya selalu mengeluh bagaimana untuk memahami dan menjawap dengan betul soalan peperiksaan mereka. Kesilapan dan ketidakfahaman mereka menjejaskan peluang mereka untuk mendapat marrkah yang tinggi dan merugikan mereka dalam usaaha untuk mendapat pengiktirifan terutama mendapat biasiswa, kerja dan sebagainya. Ini menyebabkan saya semakain rapat dan terdorong untuk membantu golongan pelajar untuk berjaya dalam hidup mereka.


Bagaimanakah membahagikan masa dalam menjalani kehidupan anda seharian?

Operasi pusat tuisyen tidak memerlukan tempoh masa yang panjang. Kami hanya beroperasi pada waktu malam iaitu pada jam 8 malam hingga 10 malam. Selepas waktu bekerja, saya menjaga pusat tuisyen pula, begitulah rutin saya setiap hari dan malam. Walaupun penat, saya tetap gagahkan langkah untuk memastikan operasi tuisyen berjalan dengan lancar.  





KELEBIHAN PUSAT TUISYEN DAN PENDEKATAN KAMI

Apakah kelebihan belajar di Pusat Tuisyen?




Pusat tuisyen menawarkan pelbagai kelebihan untuk pelajar-pelajarnya. Pendekatan kami adalah dengan menekankan aspek hubungan rapat antara tutor/guru dan para pelajar. Elemen ini adalah penting agar penyampaian ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan lebih sempurna. Untuk memastikan aspirasi ini tercapai kami menghadkan pengambilan pelajar lingkungan 10 hingga 12 pelajar sahaja setiap kelas. Dengan cara ini, guru tuisyen atau tutor dapat mengenal pasti setiap kelebihan dan kelemahan para pelajar-pelajar dengan lebih terperinci, secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat memberi perhatian dalam sesi pembelajaran kelas.


Selain itu, Pusat Tuisyen Bistari Didik amat menekankan soal kebersihan dan keceriaan kelas. Soal kebersihan adalah penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan tenang. Buat masa sekarang Pusat Tuisyen Bistari Didik mengadakan kelas pada waktu siang dan malam serta kelas pada hujung minggu. Pusat Tuisyen Bistari Didik juga sentiasa cakna dan berusaha untuk tidak membebankan para ibubapa dan penjaga dengan mengenakan bayaran yuran yang sangat berpatutan.

Justeru, pilihan untuk belajar tuisyen adalah satu pilihan yang sangat tepat. Penuhi aktiviti pelajar dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat untuk masa hadapan mereka. Pupuklah minat dan minda generasi-generasi muda ini agar terus dahagakan ilmu pengetahuan. Pusat Tuisyen Bistari Didik sedaya-upaya membantu para pelajar untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.

KENAPA PELAJAR GAGAL, KURANG MEMAHAMI PELAJARAN SERTA PENDEKATAN PUSAT TUISYEN

Faktor-faktor yang membuat pelajar kurang pemahaman, gagal menjawap dengan kemas dan gagal dalam matapelajaran? 


Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar tertinggal pelajaran di dalam kelas. Antara faktor utama ialah jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas iaitu sekitar 30 hingga 40 pelajar. Apabila terlalu ramai, guru sekolah tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar ini. Selain itu, pelajar juga boleh tertinggal kerana faktor persekitaran seperti kebersihan kelas, pergaulan yang tidak terkawal dan waktu belajar yang terlalu panjang.


Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan pembelajaran di sekolah?


Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Ramai yang menyalah anggap peranan tuisyen yang sebenar dan meletakkan peranan tuisyen seperti pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), para pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek disamping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).

KENAPA TUISYEN ITU AMAT PENTING?

Mengapakah tuisyen itu diperlukan dan penting?



Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar-pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai kekangan seperti tidak minat belajar, sukar untuk memahami tentang sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.

MAKSUD ISTILAH TUISYEN

APAKAH MAKNA TUISYEN


Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan tuisyen berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu ‘tuition’ yang membawa maksud ‘pengajaran’.

VISI DAN MISI KAMI


MISI KAMI


MENJADI INSTITUSI  TERSOHOR YANG MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG




VISI KAMI


MENJADI PUSAT PEMBELAJARAN DAN RUJUKAN TAMBAHAN

MENJADI TEMPAT UNTUK MENDAPAT TEKNIK PEMBELAJARAN KREATIF DAN BISTARI

MEMASTIKAN PELAJAR MEMAHAMI, CEKAP DAN TEPAT MENJAWAP SOALAN

MEMUPUK MINDA PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN

MELAHIRKAN PELAJAR KREATIF, PINTAR DAN PEKERTI MULIA

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT TUISYEN BISTARI DIDIK


Terdetik ketika itu setelah mengalami sendiri isu pembelajaran yang perlu dihadapi oleh anak-anak beliau dalam menghadapi peperiksaan. Masalah pemahaman, teknik dan cara yang betul untuk memahami serta menjawab soalan sering dihadapi oleh pelajar-pelajar walaupun mereka telah giat berusaha untuk membaca, membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran. Atas dasar ini dan menyedari tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, usaha beliau memupuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang di zahirkan dengan penubuhan pusat tuisyen bagi mengorak ke arah itu. Pengalaman beliau mengajar pelajar universiti dalam negara dan perunding pengurusan korporat memberikan beliau pendedahan bagaimana untuk melahirkan pelajar yang ‘smart’ dengan teknik dan cara pemahaman terkini.

Cikgu Mat mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat tuisyen ini dengan harapan ia boleh menjadi tempat untuk pelajar mendapat pendedahan terkini teknik pembelajaran berkesan dan unik tanpa perlu bertungkus lumus mengulangkaji dan membuat latihan. Teknik pemahaman dan mengingat apa yang dipelajari akan diterapkan kepada minda pelajar dan memudahkan pelajar untuk menjawab soalan. Pusat tuisyen ini juga dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan ilmu pengetahuan yang selama ini terletak pada bahu guru sekolah semata-mata. Semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan untuk bersama-sama anak-anak mereka ke arah kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan.



Tagline kami ‘Mendidik anak cemerlang’ jelas memenuhi aspirasi dan matlamat kami untuk membawa pelajar ke arah kecemerlangan dan menjadi kebanggaan keluarga. Pusat tuisyen Bistari Didik membuka ruang kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah untuk mendaftar dengan mengambilkira serta memenuhi piawaian dan sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pihak kami juga menawarkan perkhidmatan tuisyen secara berkumpulan dan persendirian (private tuition) dengan menggunakan pendekatan teknik pembelajaran dua hala antara tutor dan pelajar melalui perbincangan, latihan dan ulangkaji secara berterusan. Pelajar akan didedahkan dengan teknik pemahaman dan menjawab dengan sistematik dan tersusun. Untuk memastikan pelajar selesa dan fokus dalam pembelajaran mereka, Pusat Tuisyen Bistari Didik menyedikan ruang belajar yang kondusif, ceria, bersih dan selamat. Pihak kami menyediakan 4 ruang belajar berhawa dingin yang selesa yang boleh memuatkan 10 hingga 18 pelajar dalam satu satu masa. 

Untuk memastikan pelajar mendapat ilmu yang baik dan berkesan, Pusat Tuisyen Bistari Didik mengambil tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai latar pendidikan yang cemerlang, kreatif dan mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Setiap tenaga pengajar akan melalui proses temuduga ketat bagi memastikan mereka benar-benar komited dan faham tanggungjawab mereka. Pusat Tuisyen Bistari Didik juga membuka ruang kepada pelajar-pelajar seawal usia 7 tahun untuk beberapa pelajaran asas bacaan, mathematik dan bahasa. Tumpuan kami bukan hanya untuk calon yang bakal menduduki peperiksaan utama (UPSR, PT3 dan SPM) semata.

Daftarkan anak-anak anda sekarang dan lihatlah transformasi mereka dalam peningkatan pemahaman untuk bekalan mereka kepringkat yang lebih tinggi lagi, insyallah. Pasa semua ibu bapa di luar sana, sertailah kami di Pusat Tuisyen Bistari Didik, bukakan minda dan  potensi anak-anak anda bersama kami ke arah kecemerlangan!

JADUAL MINGGUAN TUISYEN

Tuisyen Berkumpulan Sahaja.  Pusat Tuisyen Bistari Didik hanya menjalankan sesi tuisyen pada waktu malam sahaja bermula jam 8.00 malam hin...